Search This Blog
Wednesday, December 1, 2021
PENTAKSIRAN BILIK DARJAH - ppt download
PENTAKSIRAN BILIK DARJAH - ppt download: APAKAH ITU PENTAKSIRAN? Pentaksiran merupakan proses mengumpul, menganalisis dan membuat refleksi yang berterusan terhadap bukti pembelajaran dalam membuat pertimbangan yang konsisten ke arah menambah baik pembelajaran murid dan pengajaran guru.
Sunday, October 3, 2010
LEE CHOOI SIAN
PENGETUA SMK JELUTONG
Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia kepada semua warga sekolah dan pengunjung blog yang dikasihi. Selamat datang ke Blog SMK Jelutong yang menyajikan berbagai informasi berguna tentang perkembangan dan kemajuan sekolah. Saya amat bangga dengan pencapaian sekolah dalam tempoh masa 6 tahun sejak 2007 di bawah kepemimpinan mantan Pengetua En. Teh Pang Eng. Kejayaan yang amat ketara sekali adalah peningkatan berterusan yang ditunjukkan oleh sekolah dalam keputusan PMR dan SPM sejak tahun 2007 seperti yang ditunjukkan dalam graf di bawah. Kejayaan ini adalah hasil usaha dan koloborasi yang sangat efektif antara pihak pentadbiran, para guru, PIBG, agensi luar seperti Media Prima dan para pelajar. Saya juga amat bangga dengan pertambahan dan penambahbaikan kemudahan prasarana dan fizikal sekolah yang menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih kondusif kepada warga sekolah. Usaha-usaha ini telah menerima pengiktirafan daripada pihak Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah serta agensi lain apabila dianugerahkan Pusat Sumber Cemerlang peringkat negeri Pulau Pinang pada tahun 2010 dan sebagai Naib Johan Anugerah Hijau pada tahun 2011 dan 2012. Ini ditambah dengan kejayaan memberangsangkan yang dicapai oleh Unit Pendidikan Khas sekolah dengan peningkatan pelajar kepada 120 orang pada tahun 2014 dan dijangka terus meningkat pada tahun-tahun yang datang. Pendidikan Khas di SMK Jelutong adalah program inklusif terbesar di Pulau Pinang malahan di seluruh negara. Banyak sekolah telah mengadakan lawatan penandaarasan ke SMK Jelutong untuk melihat pembangunan dan kemajuan Unit Pendidikan Khas. Sekolah juga telah dipilih sebagai calon untuk anugerah Sekolah Kluster untuk Pendidikan Khas. Saya pasti dengan berbekalkan semua kejayaan ini dan dengan sokongan padu dan komitmen daripada semua warga sekolah dalam menjayakan agenda sekolah dan KPM, tidak mustahil untuk sekolah mencapai visi melonjakkan 300 kedudukan dalam ranking NKRA malahan kita sudah pun melangkah keluar dari band 6 ke band 5 pada tahun 2012. Selamat maju jaya dan sekian terima kasih.
ANALISIS KEPUTUSAN PMR 2006 – 2013
ANALISIS KEPUTUSAN SPM 2006 – 2012
LOGO BARU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Rasional
Seperti lurusnya huruf Alif, penggunaan huruf 'I' melambangkan INSAN, ILMU dan IMAN. 3 'l' ini adalah teras konsep logo ini. Pendekatan menggunakan huruf atau typography adalah berdasarkan pengertian bahawa manusia yang pada masa hidupnya, berada pada jalan yang lurus sebagaimana huruf ‘I’ itu. Kegunaan huruf 'I' umpama lurusnya 'Alif' melambangkan insan dan iman, juga membawa pengertian ILMU kerana Allah mengangkat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu dengan beberapa darjat. Ilmu juga diklasi fikasikan sebagai pengetahuan atau kepandaian yang merangkumi semua bidang yakni duniawi mahupun ukhrawi. Ilmu juga ditakrifkan sebagai pemindahan roh atau jiwa daripada kegelapan kepada kecerahan dan sebagai suatu kebenaran dan keyakinan.
Logo ini menggunakan dua ‘P’ dan dua ‘I’ melambangkan dua peringkat pendidikan iaitu Sistem Sekolah dan Sistem Pengajian Tinggi. Hurup ‘P’ yang bertingkat ke arah 'I' melambangkan tahap-tahap kecemerlangan pendidikan Malaysia. Bentuk Bulat melambangkan Malaysia sebagai pusat pendidikan yang bersifat global. Dari segi warna, biru bermaksud profesionalisma dalam sistem pendidikan negara. Kuning keemasan melambangkan kecemerlangan. Putih melambangkan sistem pendidikan yang bermutu tinggi dan membentuk insan yang berkualiti dan berakhlak mulia.
Rekabentuk oleh:
Prof. Dato’ Dr Ahmad Zainuddin & Mohd Faizal Ahmad
(Majlis Rekabentuk Malaysia)
Tempoh Khidmat di SMK Jelutong
1 Januari 2007 - 31 Disember 2013
Sumbangan Kepada Pembangunan dan Kemajuan Sekolah :
Tahun 2007
Ketibaan Pengetua yang kesepuluh En
Teh Pang Eng pada 1 Jan 2007 telah membawa beberapa perkembangan pesat kepada
sekolah antaranya termasuk :
- Pemasangan CCTV, Wireless networking
- Pengotamasian perpustakaan dan pejaba
- Penubuhan Majlis Pelajar
- Pelaksanaan Projek Pintar melalui permuafakatan dengan sebuah GLC iaitu Media Prima
- Penerbitan buletin sekolah julung kali dalam sejarah sekolah
- Penaiktarafan kemudahan fizikal seperti ’tiling’ semula lantai kantin, penyediaan bilik pengurusan diri, bilik sensori integrasi, pemasangan semula wayar elektrik makmal sains, pembinaan tembuk dan penaiktarafan tandas murid dan guru.
- Projek ceriathon PIBG telah berjaya mengutip kira-kira RM 25,936 untuk dana PIBG.
Tahun 2008
SMJK terus berkembang maju di bawah
pimpinan En Teh Pang Eng. Antara beberapa pencapaian termasuk :
- Penubuhan bengkel penternakan ikan hiasan PKBP
- Lawatan sambil belajar ke Woodlands Gardens School di Singapura oleh PKBP
- Penganjuran Sukan Special Olympics Pulau Pinang kali Ke-2 oleh PKBP SMK Jelutong
- PKBP dianugerahkan Program Inklusif Terbaik Negeri Pulau Pinang untuk tahun 2007
- Mencatatkan pencapaian PMR terbaik dalam sejarah sekolah
- Pembangunan fizikal dan penambahbaikan tandas pelajar, Pusat Sumber sekolah, bumbung kantin, dewan sekolah dan bilik mesyuarat.
- Pembinaan tapak kompos anjuran SERI, Pulau Pinang di bawah program pemlestarian sekolah.
Tahun 2009
Perkembangan fizikal pesat terus berlaku
:
- Blok A, B dan C telah dicat semula
- Pusat Sumber Sekolah, Bilik Agama, Bilik Seni Visual dan Dewan Kuliah telah dinaiktarafkan
- Bilik Kaunseling telah dinaiktarafkan
- 3 buah bilik darjah PKBP telah dinaiktarafkan
- Pembinaan jalan konkrit akses ke padang
- Bilik makmal komputer diubahsuai dan dinaiktarafkan ke bilik seminar
- Taman koperasi terus diperluaskan
Pelaksanaan program
- Projek Pintar bersama Media Primer melangkau masuk ke tahun ketiga
- Perusahaan penanaman cendawan PKBP telah dilancarkan
- Telah menganjurkan Sukan Special Olympics PKBP Pulau Pinang ke-3
- PKBP telah melawat sambil belajar ke luar negeri julong kali dalam sejarah PKBP/SMK Jelutong ke Woodland Garden School, Singapura.
Tahun 2010
- Bilik Seminar terus dinaiktarafkan pada tahun ini.
- Konsep ’Flea Market’ telah diperkenalkan.
- Perkongsian pintar dengan Media Primer memasuki tahun ke-4.
- Malam Budaya ke-4 anjuran Majlis Pelajar terus berlangsung sejak tahun 2007.
- PKBP terus berkembang maju pesat dengan pengenalan projek penternakan ikan keli, penubuhan pasar mini D’Smart dan Penanaman Fertigasi Cili.
- Di samping menganjurkan Sukan Special Olympics Ke-4, PKBP telah melawat sambil belajar ke luar negeri pada kali kedua ke Songkla Pattana Panya School, Thailand.
- Dua orang guru telah dilantik menjadi Guru Cemerlang dalam sejarah SMK Jelutong.
Tahun 2011
Kebitaraan Program Integrasi
Pendidikan Khas SMK Jelutong terus menerima pengiktirafan dari pelbagai pihak
atas :
- penawaran program latihan AVSETP (Agriculture Vocational School Enterprise Training Program) yang ditaja sepenuhnya oleh NCIA (Northen Corridor Implementation Authority) yang bernilai RM100,00.00 untuk pelaksanaan projek fertigasi cili dan perusahaan penanaman cendawan.
- pembukaan Studio Foto di bawah tajaan Suruhanjaya Koperasi Malaysia
- Koperasi P khas SMK Jelutong Pulau Pinang Berhad telah berjaya ditubuhkan pada 15 Julai 2011.
SMK Jelutong juga telah berjaya
merealisasikan sebahagian Visinya lebih awal daripada yang ditetapkan apabila
menjuarai Johan Kategori Sekolah Bandar Menengah dalam pertandingan Pusat Sumber Sekolah di
peringkat negeri P Pinang.
Lain-lain pencapaian termasuk :
- telah melonjakkan dari Band 6 (2010) ke Band 5 (2011)
- memenangi pingkat Perak dalam pertandingan Sekolah Hijau negeri P Pinang anjuran MPPP.
- diperakui dan dicalonkan untuk sekolah kluster dalam kebitaraan program pendidikan Khas
Tahun 2012
- Lawatan penandaarasan ke Indonesia
- Lawatan rombongan Songkhla Pattana Panya School dari Thaland
- Penubuhan Bengkel Percetakan PKBP telah dirasmikan oleh En Fadzil b Abdullah, Ketua Unit P Khas JPN P Pinang pada HAC iaitu pada 28 September 2012.
- Sukan Special Olympics P Pinang-6 telah berjaya dianjurkan oleh PKBP pada 19 Jun 2012 di padang sekolah.
- Pelancaran Projek Penanaman Tumbuhan Akuatik PKBP pada 16 Ogos 2012.
Tahun 2013
Aktiviti Dan Pencapaian Utama :
- Desathon SMK Jelutong 2013 kali ke 3 (sejak 2011) telah berjaya dilaksanakan dan berjaya mengutip RM 17,000.00
- Memenangi Emas Anugerah Sekolah Hijau peringkat Pulau.
- Memenangi Anugerah 5 Bintang iQPSS tahun 2012
- Pembinaan bangunan baru Koperasi SMK Jelutong
- Penubuhan Bilik Terapi Cara Kerja PKBP
- Penubuhan Kedai Bakeri
- Lawatan penandaarasan ke Choi Jun School, Hong Kong
- Menerima lawatan daripada Woodlands Gardens School, Singapore dan Prof. France Benainus-Guntz
- Sukan Special Olympics Pulau Pinang Kali Ke-7 telah berjaya dianjurkan oleh PKBP pada 3 Julai 2013
Majlis Perpisahan
Subscribe to:
Posts (Atom)