Search This Blog

DASAR-DASAR KPM

Kementerian Pelajaran Malaysia
Sekolah Unggul, Penjana Generasi Terbilang

Rasional

Seperti lurusnya huruf Alif, penggunaan huruf 'I' melambangkan INSAN, ILMU dan IMAN. 3 'l' ini adalah teras konsep logo ini. Pendekatan menggunakan huruf atau typography adalah berdasarkan pengertian bahawa manusia yang pada masa hidupnya, berada pada jalan yang lurus sebagaimana huruf ‘I’ itu. Kegunaan huruf 'I' umpama lurusnya 'Alif' melambangkan insan dan iman, juga membawa pengertian ILMU kerana Allah mengangkat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu dengan beberapa darjat. Ilmu juga diklasi fikasikan sebagai pengetahuan atau kepandaian yang merangkumi semua bidang yakni duniawi mahupun ukhrawi. Ilmu juga ditakrifkan sebagai pemindahan roh atau jiwa daripada kegelapan kepada kecerahan dan sebagai suatu kebenaran dan keyakinan.
Logo ini menggunakan dua ‘P’ dan dua ‘I’ melambangkan dua peringkat pendidikan iaitu Sistem Sekolah dan Sistem Pengajian Tinggi. Hurup ‘P’ yang bertingkat ke arah 'I' melambangkan tahap-tahap kecemerlangan pendidikan Malaysia. Bentuk Bulat melambangkan Malaysia sebagai pusat pendidikan yang bersifat global. Dari segi warna, biru bermaksud profesionalisma dalam sistem pendidikan negara. Kuning keemasan melambangkan kecemerlangan. Putih melambangkan sistem pendidikan yang bermutu tinggi dan membentuk insan yang berkualiti dan berakhlak mulia.

Rekabentuk oleh:
Prof. Dato’ Dr Ahmad Zainuddin & Mohd Faizal Ahmad
(Majlis Rekabentuk Malaysia)

Visi :

Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

Misi:

Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

Matlamat:

  • Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu.
  • Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera.
  • Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara.
  • Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.

DASAR-DASAR
(klik untuk muat turun)

1. Pelan Strategik Interim KPM
      Pelan Strategik Interim KPM 2011 - 2020




2. PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA
    2013 - 2025
  
      Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025
     Ringkasan Eksekutif Laporan Awal Pelan 
     Pembangunan Pendidikan 2013-2025

3. MBMMBI

SURAT SIARAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BILANGAN 6 TAHUN 2011: PINDAAN PERKARA 6 DAN LAMPIRAN DALAM SURAT SIARAN KPM BILANGAN 5 TAHUN 2011: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS (MBMMBI)

Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 12 2011: Pelaksanaan Dasar MBMMBI


Berita Harian 11 November 2011 - Sebahagian besar murid tak upaya ikuti PPSMI Program Pemantauan Pelaksanaan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI)



Utusan Malaysia, 18 Mei 2010 - TEKS SAINS, MATEMATIK DALAM BAHASA MELAYU SIAP

The STAR bertarikh 30 Mac 2010 – USING PHONICS TO HELP PUPILS LEARN TO READ

The STAR bertarikh 2 April 2010 - ELEMENTS OF FUN IN NEW ENGLISH CURRICULUM

Utusan Malaysia bertarikh 21 Mac 2010 - MASA BM, BI DITAMBAH 2011

New Straits Times bertarikh 21 Mac 2010 – MORE TIME FOR ENGLISH AND BAHASA LESSONS

Nanyang Siang Pau bertarikh 21 Mac 2010 - Chinese School's BM Class Schedule Still Remain In Question 

Berita Harian bertarikh 21 Mac 2010 - MASA BELAJAR BM, BI DITAMBAH 

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 2 / 2010: PELAKSANAAN DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA DAN MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS (MBMMBI)

Sinar Harian bertarikh 8 Februari 2010 - TOKOH SASTERA MERIAHKAN BULAN BAHASA


4. PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH......klik di sini

5. 1 MURID 1 SUKAN

a. Modul Latihan Sukan untuk Guru Penasihat Sukan Sekolah.....klik di sini
b. Garis Panduan Pengurusan Kejohanan Balapan dan Padang (Olahraga di Sekolah)....klik di sini
c. Buku Panduan 1 Murid 1 Sukan....klik di sini


6. DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN....klik di sini


7. FALSAFAH PENIDIDKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara


8. SISTEM PENDIDIKAN

Sistem Pendidikan Kebangsaan di peringkat sekolah di bawah Kategori Institusi Pendidikan Kerajaan terdiri daripada:-
  1. Pendidikan Prasekolah
    • Program pendidikan bagi murid yang berumur dari empat hingga enam tahun;
  2. Pendidikan Rendah
    • Kursus pengajian pada peringkat rendah yang direncanakan bagitempoh enam tahun tetapi yang boleh tamat diikuti dalam tempoh antaralima hinggah tujuh tahun;
    • Ia terdiri daripada sekolah kebangsaan atau sekolah jenis kebangsaan;
  3. Pendidikan Menengah
    • Pendidikan yang terdiri daripada pendidikan menengah rendah dan menengah atas;
    • Pendidikan menengah yang diadakan terdiri daripada :-
      1. sekolah akademik
      2. sekolah teknik dan vokasional
      3. sekolah kebangsaan agama
  4. Pendidikan Lepas Menengah
    • Pendidikan yang disediakan untuk seseorang yang sudah tamatmengikuti pendidikan menengah rendah dan menengah atas, tetapi tidaktermasuk pendidikan tinggi.
Persekolahan di bawah Kategori Institusi Pendidikan Bantuan Kerajaan pula adalah bagi Sekolah Berasrama Penuh yang ditanggungjawabkan kepada Unit Sekolah Berasrama Penuh Bahagian Sekolah.
Institusi pendidikan lain di peringkat persekolahan yang ditubuhkan adalah :-
  • Sekolah Pendidikan Khas yang ditanggungjawabkan kepada Jabatan Pendidikan Khas.
  • Sekolah Sukan yang ditanggungjawabkan kepada Bahagian Sukan.

9. CARTA SISTEM PENDIDIKAN


10. KURIKULUM KEBANGSAAN

"... suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan"
Akta Pendidikan 1996
[Peraturan-peraturan (Kurikulum Kebangsaan) Pendidikan 1997]


11. IMBASAN SEJARAH

Imbasan Sejarah

Penyata Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957 - Zaman Pengukuhan

  • Pembentukan satu sistem pendidikan kebangsaan
  • Pengakuan matlamat akhir Bahasa Malaysia menjadi bahasa pengantar utama
  • Permulaan kurikulum yang berorientasikan alam sekeliling Malaysia
  • Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua

Laporan Rahman Talib dan Akta Pelajaran 1961 - Zaman Kemaskini

  • Penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca, menulis dan mengira
  • Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diingini
  • Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia
  • Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional
  • Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun
  • Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran keseluruhan

Ciri-ciri Laporan Kabinet 1979

  • Penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca, menulis dan mengira
  • Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diingini
  • Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia
  • Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional
  • Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun
  • Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran keseluruhan

Rang Undang Undang Pendidikan 1995

  • Sistem pendidikan kebangsaan dicorakkan untuk menghasilkan pendidikan bertaraf dunia dari segi kualiti untuk mencapai aspirasi negara
  • Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan kepada dasar pendidikan kebangsaan
  • Tempoh pendidikan rendah adalah antara 5-7 tahun
  • Pendidikan prasekolah sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan
  • Pendidikan teknik & politeknik dipertingkatkan
  • Peruntukan diadakan bagi mengawal selia pendidikan swasta

12. NKRA PENDIDIKAN

a) Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan

The Government is set to begin the transformation process in strengthening the efficiency of its delivery system
The KPI / KRA are not mere acronyms as they offer clear measures designed to ensure that the government is continuously working to better serve the needs of Malaysians
Our real work will begin as we make the transformation of government services happen 
Dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan, kerajaan akan member tumpuan kepada 4 sub-NKRA untuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan.

1. Sub-NKRA Prasekolah
7 teras untuk meluaskan akses kepada pendidikan prasekolah yang berkualiti dan berkemampuan:
1.       Penubuhan Jawatankuasa Penyelarasan Prasokolah Kebangsaan dan Bahagian Prasekolah dan PERMATA Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
2.       Perlaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)
3.       Menyeragamkan bantuan kepada murid prasekolah kerajaan
4.       Meningkatkan kualiti guru dan pembantu guru
5.       Menambah bilangan kelas prasekolah di kawasan miskin Bandar, luar Bandar dan pedalaman
6.       Meningkatkan Perkongsian Pintar Kerajaan-Swasta dalam pendidikan Prasekolah.
7.       Mewujudkan Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan
 
2. Sub-NKRA Literasi dan Numerasi
NKRA – Peluasan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan
Setiap kanak-kanak* menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas 3 tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir tahun 2012
*Kanak-kanak berkeperluan khas – didefinisikan sebagai murid bermasalah pembelajaran, masalah pendengaran, masalah pertuturan, masalah penglihatan, terencat akal, mempunyai pelbagai kecacatan, dan kurang upaya secara fizikal. Kurikulum khas literasi dan numerasi dibentuk untuk kanak-kanak berkeperluan khas.

3. Sub-NKRA Sekolah Berprestasi Tinggi


3.1 Mengangkat kualiti sekolah-sekolah yang terbaik   
Meningkatkan kualiti pencapaian institusi pendidikan melalui peningkatan tahap autonomi dan akauntabiliti, membenarkan sekolah melaksanakan inovasi dalam pengurusan masing-masing (pemusatan dalam aspek kurikulum dan anggota perkhidmatan)
3.2 Menghasilkan pelajar yang cemerlang
Sebagai tempat untuk melatihkan pelajar cemerlang bertaraf antarabangsa dan yang menjadi personaliti unggul dalam semua bidang
3.3 Merapatkan jurang antara sekolah-sekolah di dalam sistem
Sebagai inspirasi kepada sekolah-sekolah lain untuk membangunkan kecemerlangan tahap yang lebih tinggi melalui bimbingan dan jaringan antara sekolah sekolah tersebut.
 
4. Sub-NKRA Tawaran Baru kepada Pemimpin Sekolah
Meningkatkan kualiti keberhasilan murid menerusi peningkatan prestasi pemimpin sekolah di Malaysia:

Sila Muat Turun Dokumen di Sini


13. HALA TUJU PENDIDIKAN

Perundangan Pendidikan
1957 - The Education Ordinance, 1957
1961 - Education Act, 1961
1963 - Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (Disemak - 1971)
1971 - Akta Universiti dan Kolej Universiti
1974 - Akta Politeknik Ungku Omar
1980 - Akta Majlis Peperiksaan Malaysia

Laporan-Laporan Penting

1956 - Report of the Education Committee, 1956 (Penyata Razak)
1960 - Report of the Education Review Committee, 1960 (Penyata Rahman Talib)
1967 - Penyata Jawatankuasa Perancang Pelajaran Tinggi
1973 - Laporan Jawatankuasa di atas Kajian Pendapat mengenai Pelajaran dan Masyarakat (Laporan Keciciran)
1979 - Laporan Jawatankuasa Kabinet mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (Penyata Mahathir)
1991 - Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Latihan

Bahasa Melayu Dalam Sistem Pendidikan

1957 - Mata pelajaran wajib sekolah rendah dan menengah
1970 - Bahasa pengantar darjah 1
1975 - Semua Sekolah Rendah Inggeris selesai ditukar menjadi Sekolah Rendah Kebangsaan
1976 - Bahasa pengantar Tingkatan 1
1979 - Bahasa pengantar Tingkatan VI aliran sastera
1980 - Bahasa pengantar jurusan sastera tahun 1 di universiti
1981 - Bahasa pengantar tingkatan VI aliran sains
1982 - Bahasa pengantar semua peringkat persekolahan
1983 - Bahasa pengantar semua kursus di universiti

Peperiksaan Sekolah Rendah

1957 - MSSEE (Malayan Sec. Sch. Entrance Exam) dimulakan
1963 - MSSEE dimansuhkan
1967 - PDL (Penilaian Darjah 5) dimulakan
1973 - UDT (Ujian Darjah 3) dimulakan
1982 - UDT dimansuhkan
1988 - PDL dimansuhkan
1988 - UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) dimulakan

Peperiksaan Sekolah Menengah

1957 - LCE (Lower Certificate of Education) dimulakan
1957 - OSC (Overseas Cambridge Sch Certificate) dimulakan
1957 - FMC ( Federation of Malaya Certificate) dimulakan
1957 - QT ( Qualifying Test) dimulakan
1960 - SRP (Sijil Rendah Pelajaran) dimulakan
1961 - UK (Ujian Kelayakan) dimulakan
1962 - SPPTM (Sijil Pel. Persekutuan Tanah Melayu) dimulakan
1964 - SPPTM dimansuhkan
1964 - FMC dimansuhkan
1964 - MCE (Malaysian Certificate of Education) dimulakan
1964 - SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dimulakan
1967 - SRP/LCE soalan objektif mula digunakan
1968 - OSC dimansuhkan di Semenanjung Malaysia.
1969 - SPVM (Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia) dimulakan
1976 - Peperiksaan Bahasa Melayu (Julai) dimulakan
1976 - MCE diambilalih oleh Lembaga Peperiksaan
1982 - HSC (Higher School Certificate Cambridge) dimansuhkan
1982 - STPM (Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia) diambilalih oleh Majlis Peperiksaan Malaysia dimulakan
1983 - LCE ujian Lisan Bahasa Melayu dimansuhkan
1983 - SRP Ujian Lisan Bahasa Inggeris dimansuhkan
1987 - Sijil SPVM ditukar kepada SPM(V)
1987 - SPM di seluruh Malaysia dimulakan
1991 - KHPP (Kemahiran Hidup Program Peralihan) SRP dimulakan
1992 - Tahun terakhir bagi SRP
1993 - PMR (Penilaian Menengah Rendah) dimulakan
1993 - SPM berdasarkan KBSM (Kurikulum Baru Sek. Menengah) dimulakan

Kurikulum

1956 - General Syllabuses and Timetable Committee ditubuhkan
1964 - General Syllabuses and Review Committee ditubuhkan
1965 - Pendidikan Komprehensif dimulakan
1967 - Report of the Committee on Curriculum Planning and Development
1973 - Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) ditubuhkan
1982 - KBSR dilaksanakan di 302 buah sekolah rendah sebagai percubaan
1983 - KBSR dilaksanakan di semua sekolah rendah
1988 - Pelaksanaan KBSR sepenuhnya dicapai
1988 - Pelaksanaan KBSM bermula untuk mata pelajaran bahasa
1989 - Pelaksanaan KBSM bermula untuk mata pelajaran lain
1989 - Kemahiran Hidup Program Peralihan dimulakan di tingkatan 1
1989 - Pelaksanaan PKBS di tahun 1 hingga tahun 6 di semua sekolah rendah
1989 - Mata pelajaran Kemahiran Manipulatif dilancarkan di 100 buah sekolah rendah
1991 - Mata pelajaran Kemahiran Manipulatif dilaksanakan di 1000 buah sekolah rendah
1991 - Kemahiran Hidup bersepadu dimulakan di Tingkatan 1
1992 - Mata pelajaran Kemahiran Hidup Manipulatif dilaksanakan di 3000 buah sekolah rendah
1993 - Kemahiran Hidup mula dilaksanakan di Tahun 4 di semua sekolahrendah. Sekolah yang telah melaksanakan Kemahiran Manipulatifmeneruskannya di Tahun 5 dan 6 sekolah rendah

Peperiksaan Khas

1964 - Penubuhan Unit Pendidikan Khas
1978 - Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Komunikasi Seluruh
1981 - Jawatankuasa Antara Kementerian-Kementerian mengenai Pendidikan Khas (Kementerian Kebajikan Masyarakat/ Kementerian Kesihatan,Kementerian Buruh dan Tenaga Rakyat serta Kementerian Pendidikansebagai Pengerusi dan setiausaha)
1984 - Jawatankuasa Pendaftaran dan Penempatan Kanak-kanak cacat antara Kementerian-Kementerian.
1984 - Penubuhan Jawatankuasa Penempatan Kanak-Kanak Negeri
1984 - Jawatankuasa Kebangsaan Kurikulum Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam ditubuhkan
1985 - Penubuhan Unit Perintis Penerbitan dan Percetakan Braille Kementerian Pelajaran Malaysia
1985 - Penubuhan Mesyuarat Majlis Perkhidmatan Kebajikan Negara
1985 - Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Komunikasi Seluruh Kementerian Pendidikan
1987 - Penubuhan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Shah Alam
1987 - Jawatankuasa Pelaksana Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran
1988 - Arahan Y.B.Menteri Pendidikan mengkaji memberi bantuan penuh kepada Kanak-kanak dengan Perlakuan Autisme Ringan
1989 - Majlis Perundingan Pembangunan Masyarakat Negara
1991 - Lembaga Penasihat Kebangsaan bagi Pendidikan Kanak-kanak dengan keperluan-keperluan Pendidikan Khas
1993 - Jawatankuasa mengkaji Dasar, Perancangan, Penyelarasan danPelaksanaan Pendidikan bagi kanak-kanak dengan keperluan-keperluanPendidikan Khas.


14. PERKONGSIAN PINTAR

INISIATIF SWASTA

Kementerian Pelajaran telah mengiktiraf peranan agensi luar dalam membantu sektor pendidikan khususnya dalam bidang ICT sejak tahun 2000. Ia bermula apabila sistem pendidikan negara terlibat secara langsung dalam usaha melahirkan dan membekal tenaga manusia yang mempunyai kemahiran dalam bidang ICT. Usaha KPM mewujudkan makmal-makmal komputer di seluruh negara, memperkenalkan subjek ICT dan memperkenalkan Aplikasi Sekolah Bestari pada tahun yang sama turut mendorong minat sektor lain membantu kementerian. Penglibatan syarikat swasta dalam sektor pendidikan khususnya semakin serius apabila kerajaan sendiri menggalakkan perkongsian bersama khsususnya bidang-bidang yang mempunyai kepakaran tinggi.
Jumlah sumbangan syarikat swasta dalam membantu sektor pendidikan mencecah ratusan juta ringgit sejak ia mula diperkenalkan. Sumbangan dan bantuan yang diberikan dilihat sebagai sesuatu yang sangat berharga dan perlu dimanfaatkan untuk kebaikan sektor pendidikan. Program-program yang telah dan sedang dilaksanakan termasuk berkaitan dengan perkakasan, perisian, latihan ICT, sekolah angkat, aplikasi dan penyelesaian sistem pengurusan. Kementerian Pelajaran Malaysia melihat perkembangan ini sebagai satu indikator yang positif ke arah memantapkan pendidikan Negara dan menjadikannya ia sebagai kerjasama pintar (smart partnership) dalam pendidikan.

FAEDAH

Pelaksanaan perkongsian pintar boleh menghasilkan faedah-faedah berikut:
  • Menjimatkan kos pembangunan sistem
  • Meningkatkan prestasi agensi kerajaan secara menyeluruh
  • Memudahkan perkongsian data dan sumber
  • Meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan kepakaran
  • Mengurangkan jurang antara agensi-agensi kerajaan yang lebih berupaya dengan agensi-agensi yang kurang berkemampuan dalam membangun aplikasi IT
  • Mewujudkan penyelarasan antara agensi-agensi kerajaan dalam pembangunan IT
  • Membantu usaha pembangunan dan pemulihan ekonomi negara secara keseluruhan

GARIS PANDUAN

Garis panduan untuk melaksanakan program perkongsian pintar dengan sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia:
  1. Permohonan kepada kementerian untuk melaksanakan program secara rasmi hendaklah dihantar terus ke Kementerian Pelajaran Malaysia(Sektor Operasi Pendidikan)
  2. Kertas cadangan yang lengkap perlu menyatakan:
    • Tujuan dan objektif program
    • Latarbelakang projek atau program yang dicadangkan
    • Huraian mengenai program
    • Skop program
    • Kumpulan sasaran
    • Kaedah pelaksanaan
    • Kos dan perbelanjaan
    • Tempoh pelaksanaan
    • Peranan dan Fungsi setiap agensi yang terlibat sama ada di peringkat Kementerian, Jabatan, Sekolah atau agensi pencadang
    • Harapan dan lain-lain yang berkaitan
    • Penutup
  3. Permohonan akan disemak dan dibincangkan di peringkat kementerian berdasarkan kertas cadangan:
    • KPM akan meneliti kesesuaian cadangan program dengan mengambil kira pandangan semua bahagian terlibat
    • Perbincangan awal dengan pihak penganjur
    • Persembahan kepada pihak kementerian
    • Makluman ke Mesyuarat Profesionalisme atau Pengurusan atau Mesyurat JPICT jika berkaitan
    • Penambahbaikan selepas perbincangan
  4. Kertas cadangan yang lengkap diangkat ke Pengurusan KPM untuk pengesahan kementerian.
  5. Persetujuan terma rujukan atau memorandum persefahaman jika berkaitan
  6. Surat kuasa melaksana
  7. Arahan pelaksanaan ke sekolah melalui Jabatan Pelajaran Negeri oleh Kementerian Pelajaran Malaysia setelah semua proses dan prosedur dipatuhi
  8. Format terma rujukan bagi melaksanakan program dengan pihak sekolah
    • Tajuk Program
    • Definisi istilah
    • Tujuan
    • Fungsi dan Peranan agensi terlibat
    • Peruntukan-Peruntukan Di Bawah Program Kementerian Pelajaran Malaysia
    • Kumpulan Sasaran
    • Peruntukan Khas
    • Peralatan/Kelengkapan yang dibekalkan untuk setiap sekolah yang terpilih
    • Nilai Sumbangan
    • Tempoh Pelaksanaan
    • Peruntukan Lain
    • Implikasi-Implikasi Berkaitan
    • Operasi
    • Peruntukan Am
    • Kerahsiaan
    • Waad Bersaling
    • Pengiktirafan
    • Terma-terma khas

SENARAI PROJEK

Di antara projek perkongsian pintar adalah seperti berikut:
  • Schoolnet
  • GSB Technology Learning in School
  • Program Sekolah Angkat bersama Samsung Digital Classroom
  • K-Perak E-Learning Cluster No.1 (KPEC)
  • Cyberkids Camp
  • Projek e-Learning for Life 2 Syarikat Apple
  • Program IBM – Kidsmart Early Learning untuk kelas PraSekolah
  • Program Pendidikan dan Modal Insan NCIA-KPM(Edu Citi-Hostel)
  • Value Add Microsoft(MBMMBI)


No comments:

Post a Comment