Search This Blog

VISI, MISI DAN LATARBELAKANG SEKOLAH



MISI SEKOLAH

Untuk mencapai dan unggul dalam 6 KRA :

1. Kecemerlangan Kurikulum
2. Peningkatan Pencapaian Kokurikukum
3. Keprihatinan Hal Ehwal Murid
4. Pembangunan Sumber Manusia Secara Optimum
5. Pengurusan Kewangan Yang Berakauntabiliti Dan Telus
6. Kemesraan Hubungan Komuniti


MOTO SEKOLAH

Berdikari dan Berbakti

Berdikari adalah singkatan kepada frasa ’berdiri di atas kaki sendiri’ iaitu tidak bergantung kepada orang lain dalam membuat sesuatu keputusan atau sesuatu pekerjaan.
Berbakti pula membawa maksud merangkumi sifat-sifat baik hati, kasih sayang, hormat-menghormati dan tolong-menolong.
Frasa ini bersesuaian dengan aspirasi dan budaya sekolah ini untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani yang diharapkan akan dapat menyumbang jasa kepada negara, agama dan bangsa.


Piagam Sekolah

Menghasilkan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab, berkebolehan dan berbakti berdasarkan prinsip-prinsip Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Negar
 
Menyediakan pendidikan yang bermutu, inovatif, kreatif, murni dan seimbang dari perspektif intelek, rohani, emosi dan jasmani



Bersikap adil dan bertindak saksama terhadap semua pelajar tanpa mengira unsur-unsur keturunan, agama, sosial, ekonomi dan politik

 

Membentuk sebuah budaya masyarakat sekolah yang berhati dan berbudi dengan mengamalkan budaya penyayang
Mewujudkan satu suasana pengajaran dan pembelajaran yang terancang dan berkesan
Menggalakkan pelajar-pelajar mempertingkatkan prestasi dan pencapaian mereka dalam akademik dan kokurikulum bersandarkan minat dan kemampuan masing-masing

Memberi bimbingan dan kaunseling kepada pelajar-pelajar demi membentuk sifat-sifat bermoral dan progresif
Memupuk permuafakatan dan kerjasama yang rapat dengan pelajar dan ibu bapa dalam projek sekolah yang berkaitan dengan kebersihan, keceriaan, keselamatan dan kebajikan


FALSAFAH SEKOLAH

Memberi asuhan, bimbingan dan
didikan kepada semua murid agar menjadi

warganegara yang seimbang dan harmonis

berteraskan kepada  kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Usaha ini bermatlamatkan untuk melahirkan warganegara yang

berilmu, berketrampilan, bertanggungjawab dan berakhlak mulia

yang dapat memberi sumbangan kepada

kesejahteraan masyarakat dan

kemakmuran negara





LENCANA SEKOLAH




WARNA


Bentuk




 






 Bulat Sabit


 
Cogankata Sekolah


Tahunnya
Warna beige dan hijau tua (turquoise) pada lencana sekolah adalah warna sekolah

Bulatan di bahagian luar melambangkan kesempurnaan bahawa murid-murid lulus dan tamat persekolahan mereka sebagai rakyat dan anggota masyarakat yang sempurna dan matang. Bulatan ini mengandungi :

a)    Suatu bulatan biege di bahagian dalam yang melambangkan pendidikan penuh yang diberi oleh sekolah dan dedikasi murid-murid kepada sekolah dan
b)    Suatu lagi bulatan di bahagian dalam yang melambangkan kehausan murid-murid terhadap ilmu pengetahuan (dilambangkan dengan sebuah buku), ketaat-setiaan mereka terhadap Negeri (dilambangkan dengan sepohon pokok pinang) dan kenyataannya bahawa sekolah ini memainkan peranan yang sangat penting dalam pembentukan murid-murid untuk peranan beranikaragam dalam pelbagai lapisan masyarakat (dilambangkan dengan sinaran beige dan hijau tua yang memancar setengah bulatan yang menandakan sekolah ini).

Bulan sabit hijau tua (turtoise) menunjukkan bahawa kita adalah sebahagian daripada masyarakat Malaysia di mana Islam ialah agama rasmi

Cogan kata sekolah ini ’BERDIKARI DAN BERBAKTI’  menjadi inspirasi kepada murid-murid untuk mencapai kemerdekaan dan sedia berkhidmat untuk sekolah, negeri dan tanah air mereka.

Tahun 1962 adalah tahun penubuhan sekolah ini.




SEJARAH SEKOLAH


Tarikh


Peristiwa

1962




1964




1966


1968

1969


       1970


        1971

  
1972


1973


1974

 
1977

1985






1986

1989


       1990

1991


1992



1993




1994

1995


1996


2003



2006


       2007








2008








 2009






 






2010







 2011


















































2012


























































 
Jelutong Secondary School ditubuhkan. Sejumlah 398 orang pelajar perempuan dan lelaki ditempatkan dalam 11 kelas di satu bangunan dua tingkat (Blok B).
Pengetua pertama ialah mendiang En Keong Siew Tat.
Moto sekolah ketika itu ialah ’Adopt and Adapt’.
Kini, perpustakaan, dewan kuliah, pusat sumber, bilik lukisan dan bilik agama ditempatkan di bangunan tersebut.

Satu lagi bangunan dua tingkat dibina (Blok C) dengan bertambahnya bilangan pelajar menjadi  18 kelas.
Bilik Penolong Kanan 1, bilik Guru Kanan Vokasional dan Teknologi, bilik Koperasi, bilik Bantuan Buku Teks dan Bilik Sukan ditempatkan di bangunan ini.

Jelutong Secondary School terus berkembang dengan tambahan dua lagi bangunan dua tingkat (Blok D & E). Bangunan baru ini terdiri daripada 2 bilik Sains Rumah Tangga, 1 makmal Sains dan 12 bilik darjah.

Bengkel Perushaan Seni (Bengkel KH) satu tingkat dibina.

Pengetua mendiang Encik Keong Siew Tat bersara.
Encik M. Thilagaratnam menjadi Pengetua kedua

Guru Bahasa Cina, Encik Chong Chee Keng dengan bantuan 10 orang pelajar membina Dewan Kuliah dalam masa 7 minggu cuti penggal Disember.

Pengetua Encik M. Thilagaratnam bertukar ke Seremban.

Encik Yeap Hooi Chong, PJM menjadi pengetua ketiga.
Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru ditubuhkan.

Jelutong Secondary School bertukar nama kepada Sekolah Menengah Jelutong,  Moto sekolah turut bertukar menjadi ’Berdikari dan Berbakti’
Satu lagi bangunan dibina untuk menempatkan 2 makmal sains.
Jelutong Ex-Students Association (JESA) ditubuhkan.

Walkathon SMKJ berjaya mengutip sebanyak RM13,477.00.

Bangunan dua tingkat (Blok A) yang mengandungi Makmal Fizik, Biologi dan Kimia dibina

Pengetua Encik Yeap Hooi Chong, PJM bersara pada bulan Mei.
Projek 68K, satu perlumbaan relay mengelilingi pulau dijalankan oleh 15 orang peserta termasuk Encik Yeap Hooi Chong, PJM pada hari persaraan beliau.  Projek ini berjaya mengutip sebanyak RM38,038.15 bagi berbagai projek sekolah termasuk pertubuhan Education Trust fund ($10,000.00) dan Outward bound school Trust fund (10,000.00)
En. Loo Yew Khin mengambil alih sebagai Pengetua Keempat pada bulan Jun.

Sekolah Menengah Jelutong meraikan Jubli Perak sekolah.

Cleanathon 1989 berjaya mengutip sebanyak $22,6903.15 untuk berbagai projek perkembangan sekolah termasuk projek membina tembok dan pintu besar sekolah.

Pembukaan rasmi gerbang pintu besar sekolah.

Bangunan  baru tiga tingkat (Blok F) siap dibina untuk menempatkan Pejabat Pengetua, Pejabat Guru Kanan Bahasa dan Guru Kanan Kemanusiaan, Pejabat Am, Bilik Gerakan dan 9 buah bilik darjah.

Pengetua Encik Loo Yew Khin bersara pada bulan Jun.
Encik Cheam Aik Seong, PJK mengambil alih sebagai Pengetua Kelima pada bulan September.

Cleanathon 1993 diadakan untuk mengisi tabung persatuan ibu bapa dan guru-guru.
En Cheam  Aik Seong, PJK bersara pada bulan Jun.
Encik Goh Hooi Beng, AMN mengambil alih sebagai Pengetua Keenam pada bulan Disember.

Pengetua Encik Goh Hooi Beng, AMN bertukar ke Kuala Lumpur pada bulan Mac.

En Lee Cheng Tee mengambil alih pimpinan sebagai Pengetua yang ketujuh dari Februari 1995 hingga Julai 1996.

Pn Teh Soo Eem adalah Pengetua yang kelapan yang menduduki pucuk pimpinan Pengetua dari Ogos 1996 hingga Mac 2003

Bangunan Makmal Komputer yang terdiri daripada 2 buah makmal komputer yang dilengkapi dengan 21 buah komputer setiapnya dibina.

En Teoh Piah Teik merupakan Pengetua yang kesembilan yang berkhidmat dari 1 Oktober 2003 hingga 31 Disember 2006 sebelum ditukarkan ke sekolah lain mulai 1 Januari 2007.

Ketibaan Pengetua yang kesepuluh En Teh Pang Eng pada 1 Jan 2007 telah membawa beberapa perkembangan pesat kepada sekolah antaranya termasuk :
a)    Pemasangan CCTV, Wireless networking
b)    Pengotamasian perpustakaan dan pejabat
c)    Penubuhan Majlis Pelajar
d)    Pelaksanaan Projek Pintar melalui permuafakatan dengan sebuah GLC iaitu  Media Prima
e)    Penerbitan buletin sekolah julung kali dalam sejarah sekolah
f)     Penaiktarafan kemudahan fizikal seperti ’tiling’ semula lantai kantin, penyediaan bilik pengurusan diri, bilik sensori integrasi, pemasangan semula wayar elektrik makmal sains, pembinaan tembuk dan penaiktarafan tandas murid dan guru.
g)    Projek ceriathon PIBG telah berjaya mengutip kira-kira
      RM 25,936 untuk dana PIBG.

SMJK terus berkembang maju di bawah pimpinan En Teh Pang Eng.  Antara  beberapa pencapaian termasuk :
a)    Penubuhan bengkel penternakan ikan hiasan PKBP
b)    Lawatan sambil belajar ke Woodlands Gardens  School di Singapura oleh PKBP
c)    Penganjuran Sukan  Special Olympics Pulau Pinang kali Ke-2 oleh PKBP SMK Jelutong
d)    PKBP dianugerahkan Program Inklusif Terbaik Negeri Pulau Pinang
e)    Mencatatkan pencapaian PMR terbaik dalam sejarah sekolah
f)     Pembangunan fizikal dan penambahbaikan tandas pelajar, Pusat Sumber sekolah, bumbung kantin, dewan sekolah dan bilik mesyuarat.
g)    Pembinaan tapak kompos anjuran SERI, Pulau Pinang di bawah program pemlestarian sekolah.

Perkembangan fizikal pesat terus berlaku :
a)    Blok A, B dan C telah dicat semula
b)    Pusat Sumber Sekolah, Bilik Agama, Bilik Seni Visual dan  Dewan Kuliah telah dinaiktarafkan
c)    Bilik Kaunseling telah dinaiktarafkan
d)    3 buah bilik darjah PKBP telah dinaiktarafkan
e)    Pembinaan jalan konkrit akses ke padang
f)     Bilik makmal komputer diubahsuai dan dinaiktarafkan ke bilik seminar
g)    Taman koperasi terus diperluaskan

Pelaksanaan program
a)    Projek Pintar bersama Media Primer melangkau masuk ke tahun ketiga
b)    Perusahaan penanaman cendawan PKBP telah dilancarkan
c)    Telah menganjurkan Sukan Special Olympics PKBP Pulau Pinang ke-3
d)    PKBP telah melawat sambil belajar ke luar negeri julong kali dalam sejarah PKBP/SMK Jelutong ke Woodland Garden School, Singapura.

a)  Bilik Seminar terus dinaiktarafkan pada tahun ini.
b)  Konsep ’Flea Market’ telah diperkenalkan.
c)  Perkongsian pintar dengan Media Primer memasuki tahun ke-4.
d)  Malam Budaya ke-4 anjuran Majlis Pelajar terus  berlangsung
     sejak tahun 2007.
e) PKBP terus berkembang maju  pesat dengan pengenalan projek
penternakan ikan keli, penubuhan pasar mini dan  Penanaman
    Fertigasi. 
Di samping menganjurkan Sukan Special Olympics Ke-4, PKBP telah melawat sambil belajar ke luar negeri pada kali kedua ke Songkla Pattana Panya School, Thailand.
f) Dua orang guru telah dilantik menjadi Guru Cemerlang dalam
   sejarah SMK Jelutong.

Kebitaraan Program Integrasi Pendidikan Khas SMK Jelutong terus menerima pengiktirafan dari pelbagai pihak atas :
a) penawaran program latihan AVSETP (Agriculture Vocational School Enterprise Training Program) yang ditaja sepenuhnya oleh NCIA (Northen Corridor Implementation Authority) yang bernilai RM100,00.00 untuk pelaksanaan projek fertigasi cili dan perusahaan penanaman cendawan.
b)  pembukaan Studio Foto di bawah tajaan Suruhanjaya Koperasi Malaysia

SMK Jelutong juga telah berjaya merealisasikan sebahagian Visinya lebih awal daripada yang ditetapkan apabila menjuarai Johan Kategori Sekolah Bandar Menengah  dalam pertandingan Pusat Sumber Sekolah di peringkat negeri P Pinang.

Lain-lain pencapaian termasuk :
a)  telah melonjakkan 71 tangga dalam NKRA ranking
b) memenangi pingkat Perak dalam pertandingan Sekolah Hijau negeri P Pinang  anjuran MPPP.
c) diperakui dan dicalonkan untuk sekolah kluster dalam kebitaraan program pendidikan Khas


Aktiviti dan Pencapaian PKBP

a) Lawatan penandaarasan ke Indonesia

b) Lawatan rombongan Songkhla Pattana Panya School dari Thaland

c) Penubuhan Bengkel Percetakan PKBP telah dirasmikan  oleh En Fadzil b Abdullah, Ketua Unit P Khas JPN P Pinang pada HAC iaitu pada 28 September 2012.

d) Sukan Special Olympics P Pinang-6 telah berjaya dianjurkan oleh PKBP pada 19 Jun 2012 di padang sekolah.
e) Pelancaran Projek Penanaman Tumbuhan Akuatik PKBP pada 16 Ogos 2012


 




2 comments:

  1. Terima kasih di atas kemesraan warga SMK Jelutong kepada guru praktikal USM.

    ReplyDelete
  2. Kehadiran guru praktikal sangat dialu-alukan...cikgu ada potensi menjadi guru hebat..teruskan usaha

    ReplyDelete