Search This Blog

HAL EHWAL MURID



Bismilllahhirah manirahim, Assalamualaikum. Alhamdulillah saya diberi ruang dan kesempatan pada hari ini dengan izinNya untuk meneruskan tanggungjawab sebagai pendidik demi agama, Negara dan anak didik kita semua. Tanggungjawab sebagai pendidik pada abad ke 21 ini amat mencabar minda,emosi,intelek dan juga masa senggang yang kita miliki. Justeru, pengorbanan masa, tenaga dan ketahanan mental  amat penting dan kefahaman pasangan hidup juga perlu diurus dengan sebaiknya. Para guru perlu menilai segala kerja kita demi memajukan anak didik yang diamanahkan kepada kita. Oleh itu segala tugas dan tanggungjawab yang dipikul oleh para guru perlulah dilaksanakan dengan sebaik mungki n. Hal in penting bagi melancarkan program yang telah dirancangkan pada tahun ini. Kehadiran guru ke sekolah adalah penting. Oleh itu ketepatan waktu atau datang awal ke sekolah adalah kewajipan yang bertepatan dengan nilai amanah yang dipikul, begitu juga dengan pulang lewat sedikit merupakan pilihan daripada kita sendiri. Demikian juga peranan guru ketika P & P, jangan biarkan pelajar kita berkejaran dan berlaku teraikan kerana kelewatan kita. Masa adalah musuh utama manusia. Pelajar sering menilai tindak buat dan sikap kita dan kita adalah contoh teladan terpuji selepas ibu bapa mereka.  Akhir kata  saya amat berharap kita akan terus berusaha dengan keupayaan maksima kita untuk meningkat  dan memajukan taraf hidup dan nilai amalan mereka pada hari hadapan.Untuk lebih berjaya kita perlulah bersatu hati dan bekerjasama sebagai satu pasukan . Kejituan kerjasama ini akan mencetus kejayaan yang diluar jangkaan kita. Oleh itu kita perlulah memain peranan sebagai pendidik tidak kira apa tugasan yang kita pikul. Mudah mudahan kejayaan akan dikecapi jika niat kita ikhlas dalam menguruskan tugas kita sebagai pendidik dan Tuahan akan mudahkan tanggungjawab kita.
Shabi bin Mohamad Idris
PK Hem
SMK Jelutong


PERATUS KEHADIRAN PELAJAR KE SEKOLAH
DARI TAHUN 2006 - 2012



AKTIVITI UNIT HAL EHWAL MURID








AKTIVITI UNIT HEM 2013

No comments:

Post a Comment